Thursday, 22 October 2009

04 - Permata Hati

Gambar di bawah ni adalah gambar anak gua... tahun depan naik tahun satu (kalo dolu2 disebut Darjah 1)..... susah jugak sebenarnya mau suruh posing...macam-macam dia cakap, malu la, panas la, tapi seperti biasa gua kan 'kejam', dengan kuasa Ultraman di tangan gua, gua paksa juga dia buat, apa yang gua suruh.... hahahahahha.


Masa gua ambil gambar ni, cuaca panas... tu yang mata dia tambah 'sepet'


Lepas tu gua 'spot' satu tempat yang redup, gua suruh dia duduk diam2, lepas tu gua ambil la gambar dia.... masa ni dia 'cool' sikit..... tapi kalau ada orang lalu depan dia, mata dia pandai 'lari', kadang2 hubby gua ketawa jugak bila tinguk gelagat dia....


Masa ni dia tengah panggil hubby gua. Dia bawa papa dia pegi jambatan gantung, tu yang balik2 dia pusing belakang... masa ni papa dia masih lagi dalam restoren, tengah membayar.....


Gua minta tolong anak gua ni 'bawa' beg kamera gua..... kosong dalamnya sebab kamera gua pegang... ndak berat cuma besar....


Penat jugak gua kejar2 anak gua ni... sudahlah badan gua ni 'cute', mana la larat mau ikut dia pegi sana sini...

Minggu depan anak gua akan ambil peperiksaan terakhir dia di Taska. Dan sekarang ni di rumah di tengah 'practise' menari utk Majlis Penutupan Sekolah. Ke hulu ke hilir dia menari......





Enjoy the pictures.....

No comments: